Sunday 19 May 2013

MESYUARAT AGUNG PKPKMT 2013

ASSALAMUALAIKUM

Dimaklumakan satu mesyuarat agung 2013 persatuan penduduk kampung malaysia tambahan akan diadakan pada tarikh dan masa seperti dibawah:

Tarikh      :    19 / 05 / 2013
Hari         :     Ahad
Tempat    :     Dewan Serbaguna DBKL Kg. Malaysia Tambahan
Masa       :     02:00 petang

Dijemput semua warga Kampung Malaysia Tambahan termasuk penyewa hadir bagi membincang dan bertukar pendapat bagi memajukan dan memakmurkan kampung malaysia tambahan yang kita sayangi umumnya penduduk sekalian.

Sekian, Wassalam.


-admin-

Sunday 25 November 2012

HARI KELUARGA KAMPUNG MALAYSIA TAMBAHAN

MAJLIS SAMBUTAN HARI KELUARGA KAMPUNG MALAYSIA TAMBAHAN 2012

TARIKH : 01 DISENBER 2012
HARI : SABTU
MASA : 09-00 PG HINGGA 05-00 PTG
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA DBKL KMT SERTA KAWASAN SEKITAR

ATUCARA

SESI PAGI: 09-00PG HINGGA 12-30TGH
*MAJLIS PERASMIAN HARI KELUARGA KMT 2012*
*PERTANDINGAN MEWARNA / FESYEN KANAK-KANAK/ BAYI COMEL*
*PAMERAN AGENSI KERAJAAN & JUALAN*
*PEMERIKSAAN KESIHATAN*

SESI PETANG : 02-00PTG HINGGA 05-00PTG
*ACARA SUKANEKA TERBUKA KEPADA SEMUA PENDUDUK*
*KANAK-KANAK / REMAJA / DEWASA*
*PAMERAN & JUALAN*

ANJURAN

PERSATUAN KEBAJIKAN PENDUDUK KAMPUNG MALAYSIA TAMBAHAN

KERJASAMA

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
JABATAN PENERANGAAN WILAYAH PERSEKUTUAN K.L.

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Tuesday 4 October 2011

AKTIVITI PKPKMT - MENZIARAH PENDUDUK YANG SAKIT DI HUKM

Tanggal 03/10/2011

Aktiviti ziarah oleh AJK Persatuan Kebajikan Penduduk Kg. Malaysia Tambahan ke hospital HUKM cheras melawat penduduk yang ditimpa keuzuran.

Ziarah 1 - ( Isteri Ustaz Zaki )





Ziarah 2 - Puan Aini Tambun





Semoga cepat sembuh dan kembali kepankuan keluarga dengan segera
Dari AJK Persatuan Kebajikan Penduduk Kampung Malaysia Tambahan

Thursday 21 July 2011

GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Salam warga kampung malaysia tambahan.  Persatuan penduduk kg malaysia tambahan akan mengadakan Satu program gotong royong perdana sempena menyambut bulan ramadhan yang akan diadakan pada tarikh dan masa yang tertera seperti di bawah:

Tarikh    :    24/07/2011
Hari       :    Ahad
Masa     :    08.00 pagi hingga 01.00 tgh hari

Atucara :   08.00am     -     Penduduk berkumpul / hadir di taman permaina ( lokasi di sebelah surau )
                 08.30am    -      Perasmian program oleh wakil DBKL
                 08.45am    -      Sarapan pagi
                 09.00am    -      Aktiviti gotong royong dimulakan
                                          1) Surau
                                          2) Taman permainan
                                          3) Persekitaran kg malaysia
                                          4) Jalan dan lorong
                                          5) Tanah perkuburan salak selatan
                  12.30tgh   -      Jamuan makan tengah hari ( perkarangan surau kg malaysia tambahan)
                  01.00ptg   -      Bersurai

Aktiviti sampingan :
                                Penyemburan asap kawalan anti denggi oleh jabatan kesihatan DBKL

Dengan ini diharap semua warga kg malaysia tambahan dapat melapangkan diri pada tarikh dan masa yang tersebut  dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti secara langsung bagi meriahkan lagi program ini.

Semoga ALLAH memberkati kerja amal yang akan berlangsung.

Terima Kasih.

-admin-

Wednesday 13 July 2011

MESYUARAT PERSATUAN PENDUDUK KG MALAYSIA TAMBAHAN 3RD

ASSALAMUALAIKUM..

Satu mesyarat AJK persatuan penduduk kg malaysia tambahan akan diadakan pada tarikh dan hari yang tertera seperti di bawah:

Tarikh       :      15/07/2011 (Jumaat)
Masa         :      11.00 malam
Tempat      :     Pos SRS cabin kamata

Agenda :
1. Program motivasi & Qiamullail pelajar pada 16 & 17/07/2011
2. Gotong royong perdana Kampung malaysia tambahan
3. Sambutan Bulan Ramadhan tahun 2011

Dimaklumkan kepada semua AJK supaya dapat menghadirkan diri ke mesyarat ini supaya dapat berkongsi pendapat serta mendengar makluman terkini oleh pengerusi persatuan serta AJK.

KEHADIRAN DIWAJIBKAN !!

  Sekian .


-admin-